salam

Monday, April 26, 2010

Tatkala Cinta Diungkap





Ya Allah Yang Maha penyayang lagi Pengampun!
Syukurku rafakkan lewat sujud ini
Izinkan aku mengungkap resah cinta pada-mu
Dalam desah terbenamnya sinar mentari di kaki langit
sewaktu aku berdiri di tubir usia ini
lantas kutoleh ke belakang tabir masa
gumpalan dosa tampak jelas menggunung di sana
ampunkan aku ya Allah!
Pada sisa usia yang masih ada
Memang masih banyak permohonan buat-Mu
Namun mahunya aku hingga tunduk terkasima kelu
Apa masih bolehkah aku terus meminta?
Sesungguhnya Engkau memang Amat Pemaaf….
Biarpun terus dikhianati dengan ketidaktaatan
Oleh hamba-hamba-Mu yang kerap bermungkir dalam janji
Namun rahmat-Mu terus berlimpahan
Tanpa henti bagaikan aliran Sungai Nil
nan terus menhgalir tanpa tunduk dalam sebarang perhentian


Ya Rabul Izzati
Pada-Mu jua nikmat rahmat terus kupinta
ketika senja melabuhkan tirai ini
doa kudus terus kupohon diperpanjangkan tanpa goyah
agar berilah aku peluang untuk terus mengungkap cinta buat-Mu
biarpun tidak sekudus cinta Rabiatul Adawiyah
nan pasti cintaku juga luhur
kerana mohon belas kasih-Mu agar aku terus
disayangi dalam limpahan kasih-Mu tanpa henti!
Dalam bait-bait doa zikir yang dialunkan
Segalanya kuserahkan buat-Mu
Kerana Engkau–lah yang layak menerima
cinta tulus nan hakiki!
Kukukan nuraniku agar terus kuperjuangkan
Cinta kasihku yang satu hanya pada-Mu jua……

Saturday, April 3, 2010

CINTAKU HANYA UNTUK MU. YA ALLAH

Cinta memang bukan segala-galanya, tapi kehilangan cinta seperti kehilangan segala -galanya.

Benar. Mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui kehilangan. Bersamaan dengan makhluk juga berpeluang mengalami perpisahan. Hanya cinta kepada Allah yang tidak. Jika kamu mencintai seseorang ada dua kemungkinan diterima dan ditolak. Jika ditolak pasti sakit rasanya. Namun jika kamu mencintai Allah pasti diterima. Jika kamu mencintai Allah, engkau tidak akan pernah merasa kehilangan. Tak akan ada yang merebut Allah yang kamu cintai itu dari hatimu. Tak akan ada yang merampas Allah. Jika kamu bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah, kamu tidak akan pernah berpisah dengannya. Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak akan berpisah darimu. Kecuali kamu sendiri yang berpisah dari-Nya. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah cinta kepada Allah 'Azza wa Jalla."

Ya Allah jadikan cintaku pada mu cinta yang MUTLAK....

AKU......





AKU..
Hanya seorang insan yg selalu leka dan lalai..
Yang akan tersedar bila digugah ujian Tuhan..
Dipilih Allah memimpin diri dan ummah..
Selalu jatuh di persimpangan jalan..

JIWA AKU..
Terkadang alpa,dipenuhi cinta dunia..
Bosan dgn kerenah manusia..
Letih melayan bermacam2 perangai..
Penat memikirkan perihal makhluk..

TEGUH AKU..
Menahan kesedihan di hadapan awam..
Mengadu,mengharap kpd Sang Pencipta..
Tak sehebat srikandi Islam..
Kadang roboh di tengah2 kesulitan duniawi..

TAPI AKU..
Selalu lupa bersyukur dgn ujian..
Seringkali terlalai dgn nikmat..
Bergelumang dgn dosa dan maksiat..
Terkadang jauh dgn Ilahi..
Cinta dunia menguasai..

AKU MAHU..
Sehebat Khadijah isteri Rasul..
Setabah hati Sumayyah srikandi Islam..
Sekuat Masyitah bidadari syurga..
Seteguh Asiah isteri Firaun..

NAMUN..
Mampukah aku??..
Istiqamah menghadapi ujian dunia ini?
Hidup di atas muka bumi yg penuh penipuan..
Melayan kerenah2 manusia berbagai2 rupa..
Menjunjung Islam yg semakin dipijak..
Menyumbang sesuatu bwt ummah..
Mengislah diri di bwh redhaMu..

Ya Allah,kuatkanlah hati ku,tenangkanlah ia,berilah petunjuk dan hidayah pd diriku..
Bukan kehidupan dunia yg aku harapkan,,tetapi hanyalah perjuangan menuju akhirat..

"SYAHID CITA-CITAKU"

WANITA.......



KERANA ENGKAU WANITA........

Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja
peraturan dibawah ini :
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.

PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??

Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…makanya..
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.

1:Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

2:Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan
hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.


3:Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah
syahid.

4:Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.


5:Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

6:Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

7:Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah,demikian sayangnya Allah pada wanita,kan?Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?
masih tak nak jaga aurat??Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!