salam

Friday, October 8, 2010

:::PETUA IMAM SYAFIE:::



* Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas



* Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam



* Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih



* Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat



* Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama



* 4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.



* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.

Tuesday, October 5, 2010

BIARLAH KITA BAHAGIA DENGAN CARA KITA SENDIRI


Muzik yang tidak keruan , nyanyian yang murahan ,filem yang merosak,drama-drama bersiri yang menyesatkan, majalah lucah yang mengaghairahkan dan buku-buku fiksyen tidak berkualiti, tidak dapat memeberi kebahagian dan kegembiraan anda!
Jika ada oarang menagtakan perkara-perkara seperti itu boleh memberi kebahgaian maka orang itu adalah pembohong besar. Semua ini adalah menjerumuskan.memebuka jalan kesedihan , menjadi pintu kegundahan, kekalutan dan kesedihan hati. Dengan benar-benar mengakui bahawa hal hal ini tidak bermanfaat, maka pergi lah dari kehidupan yang menyusahkan ini, kehidupan yang tidak berguna , membunag-buang waktu yang lurus, ini berdasarkan pengakuan seorang wanita yang telah bertaubat dari semua itu.
Oleh itu, kita perlu berfikir dan mengkaji dengan penuh tumpuan , memebaca hal-hal yang bermanfaat, nasihat yang mulia. Khutbah yang menbina, kejujuran yang menguntungkan dan taubat yang sebenar- benarnya. Marilah menuju kepada majlis zikir dan pengajian . mudah-mudahan ALLAh menerima taubat anda dan ketenangan jiwa akan sentiasa ada padamu.