salam

Wednesday, December 29, 2010

Assalammu'alaikum.. Kesunyian menyelubungiDiri ....

Assalammu'alaikum...

Allahdulillah YA ALLAh kau beri kesempatan untukku menaip dan berfikir alhamdulillah...
Ya ALLAH kau kuat kan lah imanku, Kau berilah kekuatan kepada diriku....
YA ALLAH Aku Amat merindui keluarga ku yaALLAh..
Makkk alah Betul merinduimu..ABAhhhhhhhhhhhhhhhhh... ^_^

Sangat sunyi dekat sini tingkt 4 hanya bilik aku je berpenghuni..
ya ALLAh Kau berilah kekuatan kepada AKU dan roomateku...


X tahu nak tulis apa..
Tensionnnn X dapat tgk Bola......

Alahmdulillah sudahku menguasai surah Ar-Rahman Alahmdulillah..berkat doa dan kesabaran...

Target seterusnya surah MAryam.. insyaALLAh.....

Aku juga merindui sahabat karib ku Tifa..... dila rindu bangat nie ..huhuhuhuh...

Fatehnadila.. 9.53pm >Uitm Machang , kolej dato' onn blok 2 Tingkat4<

Saturday, December 25, 2010

KEIKHLASAN

Assalammu'alaikum.......

Terima kasih Ya ALLAH

Tajuk entry hari nie ikhlas.....

Keikhlasan datang dari hati yang nurani,
Hari Kenapa la aku rasa bersalah sangat entah la kenapa???
>bnyak dosa la aku nie<>OppSS bersama niat ye jangan lupa ye< style="font-style: italic;" size="4">Ingat ye Rasullah pernah berpesan kepada sahabatnya tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Ustaz Selalu cAkap Ya 'adilah kalau kamu nak lakukan sesuatu biar ikhlas ye walaupun berlainan agama dan bangsa.>ustaz nie dia suka cakap ala-ala arab, entah la napa dia suka panggil nama aku....

1. Kita kena ikhlas dengan ALLAH, itu lah syarat paling utama apabila kita melakukan sesuatu, orang semua hanya tahu apa??? kalau nak buat sesuatu kena ada niat je, rasanya kan lagi sedap kalau ditambah dengan ikhlas bukahkah lagi sedap...... Macam juga kalau kita nak masak sesuatu tak sedapkan kalau kita x letak gula+garam... hm sama-sama kita fikirkan...

2. Kita Kena IKhlas dengan kelakuan kita bersertakan niat.

3. Kita kena ikhlas dengan ibu bapa kita, Tak kira la walau bagaimanapun Ibu bapa kita tu ye..>ye la ada orang dia membeza-bezakan ibu dan bapa< style="font-weight: bold;">Diri Kita.... >kalau nak tahu kalau kita tipu diri pun dikira tidak ikhlas walau pun diri kita sendiri.

5. Kita kena ikhlas dengan orang disekeliling kita, ingat pesan ustaz saya ye.

Ingat ye Yang 5 tu ye x susah pun nak ingat...

ok setakat ini je dulu ye nanti kita bual topoik2 lain pula ye........

Salam ukhwah.......

Fatehnadila@Syahidahfateh

Friday, December 24, 2010

Layakkah Aku Impikan Mujahid??

Assalammu'alikum

Syukran Ya ALLAH aku masih bernyawa dan bernafas di bumi Mu Ya ALLAh....
Aku Amat mencintaimu ya ALLAH,Aku juga Mencintai Kekasihmu Ya Muhammad S>W>T
Ya ALLAH KAu pertemukan lah daku dgn Mujahid Yang Ku impikan YA ALLAH, Yg dapat Memimpin ku kejalan Yg Dirdhai Mu Ya ALLAH...... Ya ALLAH AKu dengar la Rintihan KU YA ALLAH...




Terkadang hati ini tertanya-tanya, siapakah pendamping hidupku kelak? Siapakah mujahid yang bakal menjadi imam pada setiap solatku? Resah gelisah hati menunggu, mengira setiap detik dan waktu, adakah impian ini akan menjadi kenyataan? Bersama-sama si mujahid, menemaninya dalam perjuangannya. Doaku padaNya “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yang soleh sebagai nakhoda duniaku, agar dia dapat melayar dan membimbing hidupku menuju syurgaMu…”

Arghh..apakah aku terlalu bercita-cita? Layakkah diri ini mengimpikan seorang mujahid sedang diri bukanlah seorang mujahidah? Bukan jua impian sang mujahid. Ya Allah, aku lupa.. seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban untuk menegakkan Deen-ul-haqq. Tapi, sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yang telah sarat dengan cintanya kepada yang lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkan tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskan si mujahid pergi sedangkan hati ini tahu si mujahid yang teramat dicintai mungkin akan keguguran di medan juang??..


Mampukah aku mengingatkan si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskan lagi si mujahid dengan cinta duniawi?? Ya Allah, akukah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yang dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya??? Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya untuk Ad-Deen ini.

Ah..sudahlah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu… Masanya belum tiba untuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!! Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya. Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yang perlu kau raih. Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan?? Tapi kau masih terlau rapuh untuk menghadapinya…kau perlu tabah!! Dan aku tahu, kau tak mampu untuk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua… Duhai hati, bersabarlah… perjalanan kita masih jauh. Bersabarlah…teruskan doamu..


Pesanan Buat Diri Ini Dan Kalian Semua.....

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah,janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah,tetapi berusahalah menJADI yang soleh.Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah…

kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu)mengenalinya.Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Wednesday, December 22, 2010

RISAU



ASSALAMMU'ALAIKUM.........

Terima kasih ya ALLAH kau beri kesempatan untuk aku Beranafas dan Berdiri dibumi Mu ya ALLAH........

Risau+Stress+x tahu nak p ke x + Risau dekat Abah dengan Kesihatan nya+ risau takut bebankan Mak + Rindukan Comot+ rindukan keluarga+rindukan Aisy+B
oleh ke aku nak menempuhi ujian disana nanti? = ???


Ya ALLAH kau berilah kekuatan kepada ku ya ALLAH....
Aku TAhu engkau sahaja lah YAng dapat menolongku...
Amin....



Tuesday, December 21, 2010

MOOD

assalammu'alaikum.......

Alhamdulillah aku masih bernafas bi bumi Allah yang sunggu menakjubkan alhamdullillah

Ya Allah berilah kekuatan kepada ku ya ALLAH kau kuatkan lah iman ku,KAu perteguhla jasad ku ini untuk beribadat kepadamu ya RAHMAN........


Entah la kenapa hari nie emosi sangat huhuhuhuhu ^_^''

Mungkin Banyak dosa yang telah aku lakukan.

Ya ALLAH kau ampunilah dosa hamba mu ini ya ALLAH, kau Jaga lah iman nya ya ALLAH ,

YA ALLAH aku takut dengan siksa mu yaALLAH,YA ALLAH aku tidak kuat yaALLAH ......

KAu tolonglah hambanu ini ya ALLAH....


Aku Memohon MAaf kepada sesiapa yang pernah AKu sakiti HATINYA......


Wassalam.

FAtehnadila.


Friday, December 17, 2010

Akhirnya ANA mandapat Jawapan nya.............

Ucapan Buat Semua Yang terSayang


Alhamdulillah , kupanjat kesyukuran kehadrat ilhai..........
Akhir nya penantian.......... untuk mendapatkan jawapan tercapai jua........
terima kasih ya ALLAh.......

Akhirnya Ana mendapat juga menyambung pengajian di Uitm kelantan..
Alhamdilliah YA ALLAH...
Ana berjanji tidak akan mensia-siakan lagi peluang kedua kepada ana.

Ana yakin ada hilmahnya selepas ana menolak tawaran untuk sambung pelajaran di UPSI Tg Malim
Kepada Sahabt-Sahabat semua terima kasih kerana menyokong ana ...
insyaALLAh ana tidak akan mengecewakan kalian semua..


Dan ucapan khas ini ditujukan buat Keluarga tercinta..
Ma, Abah, yang banyak menyokong dan selalu menasihati walaupun kadang-kadang tu agak menjemukan leteran yang sama harus kudenagar... Terima Kasih Ma dgn Abah..

seterusnya x lupa juga kepada Kakak-kakakku yang banayk menyokong walaupun ada yang menyakitkan hatiku dengan kata-kata yang kurang menyenangkan hidupku... x pe ana maaf kan kalian.. bagi ana itu adalah gurauan yang tidak ana akn menjumpai dimana-mana tempat....

Dan kepada Ummi Zaiton yang banyak memberi nasihat..>kalau Korang semua nak tahu ummi lah tempat ana meluahkan apa yang ana rasa sakit hati ke, x puas hati ke..ana ada masalah ke disini lah tempat ana meluahkan rasa..... terima kasih ummi zaiton<>

dan kepada guru-guru yang banyak mengajar dan memberinasih juga terima kasih cikgu semua terutama khas untuk mama wan nuraminuriha...dila sayang cikgu..dan juga sahabat karibku nonie teima kasih ye nonie..


Dan yang akhir sekali kepada sahabat karib ku yang amat ku menghargai jasanya...
Nut Athifah yang kini berada di mansuro mesir, belajar rajin-rajin nanti jadi Doctor Wanita solehah yang berjaya ye...terima KAsih kerana banayk menyokong dila , walau pun kita baru kenal .. x la baru sangat dah nak amsuk 1 tahun kan persahabatan kita kan.....
genap 18/01/2011 nie 1 tahun ulanatahun persahabatan kita...
heheh hari bersejarah tu... ulangtahun kelahiran dila tu. heheh belajar rajin-rajin ye tifa...
dila sayang tifa....

dan kepada teman-teman yang lain terima kasih ye ana ucapkan......
dila sayang semua... take care...

Mungkin lepas nie blog nie mesti 1 minggu baru boleh update kalau sempat.
Salam sayang....

Fatehsolehah@Syahidahsolehah




Wednesday, December 15, 2010

Six Important Qualities

short tazkirah~

Six Important Qualities

If you have spent time on the path of Allah for a longer period, then you might know this by heart already. For everyone else in our Marakiz it gets repeatedly adviced, that every ‘Amal should be done with the following 6 important qualities to get accepted by Allah Subhanahu Wa Ta’ala and to get 100% benefit from the ‘Amal.

1. Conviction [Yaqin]

2. Awareness [Dehan] of Allah

3. Motivation [Jazbah] of pleasing Allah

4. Method [Tariqah] of Rasulullah صلی اللہ علیہ و الہ وسلم

5. Reflection [Ihtisaar] of the Virtues

6. Sacrifice [Mujahidah] of the Nafs

May Allah give us the ability to practise upon this! Ameen....

Tuesday, December 14, 2010

Mumammad Irfan Aisy

Assalammu'alikum.......
Alhamdulillah ana masih bisa bernyawa dibumi ALLAH yang Mulia lagi nan indah......
ALHAMDULILLAH.........

Hari nie kita cite pasal aisy la.......
Aisy atau dikenali sebagai budak tomey ,adek,pak cik (bukan la irfan aisy la, ini la jawapan bila kami sekeluarga panggil dia pak cik),

Aisy nie sepesel sangat sebabdia nie banyak yang istimewenye.......
Aisy nie ada banyak Ibu... nak tahu ada berapa .....??
Jap kita kira sama-sama ye......

1.Mama
2.Mummy
3.Mak
4.Ummi Su
5.Ummi ina

Fuhh 5 ibu aisy ada kaya betul la aisy nie........

Nak tahu siapa mama dia???

Mama tu opah dia....., Mummy tu ibu kandung dia , Mak tu mak cik ani(penjaga aisy bila mummy g work dgn mama sibuk)mak tu kalua nak tahu mak saya...
Ummi su tu adalah cik su isteri cik syed agel mesti korang kenal siapa yg Buat Hpa kenal nye......
manakala yang ke 5 tu ummi ina. ini kak muzlina isteri cik zanbli.....

Ha betulkan aisy nie ibu dia ramai......... bila orang tnya mak nama apa dia bagi tahu la ani..... hehhe......... ^_^!

sedangkan ibu kandung dia nama Balinda atau mumy.....

itu la Pasal ibu Banyak sanagt tapi Bestkan Banyak ibu ...........

ok ada lagi cite Pasal Aisy nie.....

dia nie x fasih sanagt cakap huruf R dan L.......

Apabila dia cakap .............. Beruang mesti jadi Beluang......
Roket jadi Loket....... Sayur jadi Sayul.......

Kadang-kadang lawak juga.......

tapi serius nak bagi tau kalau dia x datang rumah kami mesti sunyi je.....
huhuhu........


Tapi kadang Geram juga suka Kacau Orang Tido x kira Siapa2 pun..........
abah pun selal jadi mangsa...... x pun MAk atau yana

kalau dia nak apa2 mesti nak cepat2 X menyempat..............

pagi-pagi kalau dia datang mesti bawa makan apa punye tu yang best . kami selalu pau makanan dia. hak33 perangi mengalah kan budak nakal....

satu tabiat yanag ada dekat aisy nie dia suka warna pensil .........
x kesah barapa harga pun janji mesti ada.........

setiap hari mesti beli calour pensil baru.........


Penin..........^_^!


Ok Aisy nie dia jenis budak yang Pandai la jika dibanding dengan umo yang baru berusia 3 tahun........

kalau doa Makan Dengan Doa buka Puasa tu dan teror la....... xpayah suruh naik keta pun baca doa makan..
Nasib la Masuk TOilet x Baca doa Makan...... hehehehe........

ok nie ada sikit gambar yang sempat upload....... tangok la..........
pasti korang semua geram,,,,,,,,,,,,,,





Ok nie Aisy bersama Mummy N Daddy



Memikirkan Masa depan????? ke?? ^_^

Nie mAsa umo X sampai 1 Thun kak ngah Bagi asiy pakai tudung comelLLL.........


Alamak Aisy WAnted la????

Aisy Bersama Mummy ^_^


Aisy Bersama Teman nya pensil warna ^_^

Nie Masa nak g Jalan-Jalan Tapi Tak ingat Bila........ hehehe ^_^


ok Kisah Si Aisy nie setakat ini saja nantikan sambngan cerita ye,,,,,,,,,,

Salam Ukhwah......

Fatehsolehah@Syahidahfateh,,..........

Monday, December 13, 2010

Aurat....

Assalamu'alaikum w.b.t......

Kepada semua teman-teman.. Hari ini saya ingin menyentuh serba sedikit tentang bab aurat. Na'uzubillah..wanita dunia hari ini semakin lupa akan tanggungjawab ini. Bukanlah tujuan saya ingin memperli mana-mana pihak tetapi saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua dari apa yang saya baca dan apa yang saya lihat.

Sememangnya ramai wanita Islam diluar sana yang memandang remeh tentang etika berpakaian dan berhias diri mengikut Islam. Mungkin ada yang tidak tahu, atau sengaja tau tapi malu untuk melaksanakannya? Dengan berkembangnya pengaruh Barat dan unsur globalisasi sekarang ini, semakin ramai anak muda, walhal ada di antara sahabat-sahabat sekolah saya juga, makin tersasar.





Kalau dulu kat sekolah, ada dikuatkuasakan pemakaian tudung, alhamdulillah pemandangan yang biasa dilihat. Kadang-kadang terkejut juga bila di luar ketika bukan waktu sekolah atau cuti, ramai yang tak bertudung sahaja. Itu baru bab tudung. Pakaian saya tak nak cerita. Nak ditegur kawan, salah tegur lain jadinya. Sekarang diluar kawalan sekolah, masing2 dah masuk universiti, bekerja, sedih melihat kawan-kawan ini tidak bertudung juga. Sukar sebenarnya nak menegur dengan berhikmah. Bagi yang faham, alhamdulillah.

Alhamdulillah bagi yang pakai tudung adalah lebih baik, dari tak pakai langsung walaupun pemakaiannya tak sepenuhnya mengikut syariat. Ilmu sebegini la yang kena dikongsi..bagi mereka yang tak mengetahui itu, akhirnya mengetahui. Aurat bukan hanya dijaga dikepala - perhiasan bagi wanita adalah rambutnya, tapi keseluruhan tubuhnya. Apa lagi yang lain?
Ringkasnya, di sini saya senaraikan had-had pandangan atau aurat bagi wanita menurut al-Quran dan hadis, dari apa yang saya baca dan fahami.. Fikirkan dan semuanya terletak atas keimanan anda.

Fatehsolehah@Syahidahsolehah

Salam Ukhwah........

Saturday, December 11, 2010

Buku VS Coklat


Assalammu'alaikum....

Alhamdulillah hari ni , ana masih boleh melihat bumi ALLAh yang Tersegam indah tiada tandingan....


ok kali nie ana nak cerita pasal kekasih hati ana.. SIAPA lagi kalau bukan Buku VS Coklat... heeehee :))

Ana ada baru je beli buku nie nak bagi tau la.... Ok nie buka Yang Agak terbaru la....



Buku nie ana beli masa ana p pesta Pulau Pinang dengan keluarga dan Keluarga KAwan baik mak ana .... best p sana...... Tapi ana X p Main pun... Dari mula sampai dekat Tapak Pesta Terus ANa p Gerai Jualan BUka....

Almaklom la Ana nie PAntang Dengar Ada SaLe Buku je.... Mesti Kena beli... >Penyakit nie la yang x bOleh dibendung nie... hehehehhe. ^_^!...<
tapi x pe Buku x rugi kan kalau beli...

ok Lepas je Story pasla buku ana nak share la ana nie jenis yang x kesah... Janji jangan Sakiti Hati dan buat ana Mneyampah udah le... Semalam Masa Teman MA p Mettng Minggun HPA dekat cawangan Kepala BAtas.. Sampai je sana jumpa Budak comel dulu.. siapa lagi kalau bukan anak mengasuh Ma.. Muhammad Irfan aisy... comel22 bila tgk dia makan heheheh..

ok!! nie awat tiba2 muncul pasal aisy nie.....
iSh222 ok turn to the story...
Coklatkan??/

Sedap sangat coklat nie x tipu walau harga nya agak...^_^..... tapi berbaloi la makan hee... nie Coklat terbaru HPA.. nak promote nie.. hehe...

Nie la coklat HPA sedap Betol...
Rugi kalau sapa x makan...
ok kepada nur athifah, : yang kini mununtut di mesir nie la coklat hpa.. dila boleh tunjuk gambar je.. nanti ada rezeki insyaALLAH tifa dapat rasa.... Sabar ye sahabtku..

nie handmade tau... Halal..
keluaran Hpa ...

ok setakat nie saja...

InsyaALLAh kalau dizinkan ALLAh kita ketemu lagi..

salam ukhwah..

Fatehsoleh@Syahidahfateh..





Friday, December 10, 2010

Alhamdulillah...

Assalammu'alaikum...




Alhamdulillah hari ini ana diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi ALLAH yang mulia dan penuh barokah ini...

alhamdulillah.. hari nie ana baru je dapat tahu result.... huhuhu...>agak sedih la sebab x sampai target<......

tapi alhamdulillah la dapat juga result dengan lulus......
Tapi ana dalam delima x tahu Sama ada nak terusakan ke IPTA atau Kolej Insaniah....>dulu dah p kolej nie tapi bila tiba2 bila IPTA panggil terus cabut...... nyesal pun ada juga...< :'(

alhamdulillah.... Mak bagi lagi ana peluang 3 hari untuk berfikir... dan beristikharah..... ya Allah Kau tolong lah hambamu ini.. Kau permudahkan lah urusan ku ya ALLAH...


Alhamdulillah Perniagaan keluargaku bertambah baik mudah-mudah diberkati ALLAh.... Alhamdulillah, SubhanALLAH...

Fatehsolehah....

Monday, December 6, 2010

~~Bunga~~




Assaalammu'alaikum...


Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah

Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad

Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Jadikan diriku setabah Ummu Khadijah
Aku mahu semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..

Saturday, December 4, 2010

TabRakAn 120 km/j.... .

JAngan BerhenTi pulas PedAl Tu ye SamPai HAbis MEter TU BAru best.......

Assalammua'laikum.....

Apa khabar saudara ku sekalian... Sihat ke??
Kali kita nak story pasal kemalangan.. semua tahukan apa itu Kemalangan atau tabrakan?????
tahu x????

bUkanya apa... adek ku baru je tabrakan?? nak tahu dengan apa?????????????????????????
adek ku + Lori ais+Moto Lc kesayangan dia+Jalan raya. Mesti la kena ada jalan raya kalau x nak berlaku Atas mana.
ish33....

Tepat 4 Dec 2010, pukul 3.00 petang. time tu dila>nama skeam cikit hik23< dgn kakak baru je nak makan nasi . almaklom la masak lambat sikit... sebab masing dah sarapan lewat so masak pun terlewat..................

Tongah sodaP-seDop dok bersantap tiba-Tiba..........................
Kring.~~Kring~~Kring~~......
Tepon kak dila ynag bunyi tu....
kak dila nie dia jenis yang selambe and slow sikit. so dila tak tahu lagi apa Yang berlaku... so Buat doNo je.........
Tiba dia kata dekat mana??

tut.tut..... Tiba-Tiba terPutus time tu la............ dia Bagi tau yang aDek dila TabraKan.......... so Apa LAgi terkezut Sangat-Sangat ............huhuhuhuhuhu. dalam Hati nie mAcam-Macam terPikir. mCam mana Keadaan dia?
Teruk Ke?
Moto dia OOK ke??
SiapA langgar Siapa?
?????????????????????????????????

ToiNk22....

Bermula la KIsah ..........

Apa Lagi Cepat-Cepat kAk......

Dila Cepat sIap Nasib La tudung Dah Disiap Iron Kan so Sarok je.........

Dila Terpaksa P ambil keta Dekat mak sEbaB Mak gUna Keta P dAruL HanAn. dEkat Je Dengan Umah So naik Moto la......... Jadi la sebenTar MInah Rempit dengaN berTudung labuh. heheh..... Time Tu mak Baru Tau kakak BAgi tau....


SaMpai ja KAt sANa maK dah Tunggu. Tpi AbaH x taU lagi... Sebab Abh dila Nie Dia Spesel SiKit.
AbaH Ada Darah Tinggi Tak Boleh Bagi Tau Awal2 Takut JAdi aPA-Apa Sebab Kerana TErsaYangkan Abah Mak dengan KAmi bersekongKol x bAgi TaHu abAh. Tpi AKhir nYa AbaH athu JUga Sebab aBah TaNya MAk Kenapa KAmi ambil Keta???
3 Kali oOoO abaH tanya Lepas tu Mak pUn Bagi TaU nasib La Ramai Kawan-Kwan Abah ada So diOrang tOlong Ternag kAN.
mULa-Mula Abah Nak P tenGok sebab ADa moto, Tapi MAk tak Bagi sebab Takut JAdi apa_apa......... So KamI la yang UruskaN adek...

Aceh22 Kami Jadi ParenTs Sebentar HiK22...

kAKaK yANG dRIVE sebab KakAk Tak bAgi SebaB Dila JAdi PAnik ......

KakaK pun Drive La p HospiTal Nasib La KAmi p HosPtal Dulu...........

OK kIta ReHat SebenTAr Ye naNTI adA KesAh SELAnjutnya.......... NAntikan Ye..

Friday, December 3, 2010

~USAH RISAU JIKA DIRI BELUM B'PUNYA..mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita.

بِسْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيمَ

Resah.Gelisah.Seraut wajah termenung jauh."Orang lain semua dah kahwin,tinggal aku sorang saja".Sekeping hati bermonolog.Monolog itu disusuli tujahan prasangka."Aku x cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?" "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya".




Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya.Rasa rendah diru,stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram.Yang penting,dapat.


Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta.Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta,mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki.Tidak serik-serik lagi.Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta cinta.Semua batasan-Nya diredah segala.Tak kenal dosa pahala.

Oh,remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina.Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun,percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat.Apa tidaknya,asasnya dibina daripada dosa dan maksiat.


Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat.Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar.Semuanya dah dirasa dan terbiasa,nak rasa nikmatnya apa lagi?Anak-anak menjadi mangsa.Terimalah ia sebagai hukuman di dunia.Amat pedih.Namun,terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.


Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga.Bagi para gadis yang belum berpunya,andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan,yakinlah.



Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita.Usah peningkan kepala.Dia menguji anda sedikit masa lagi.



Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya," first thing first".Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting.Kenali prioriti anda sekarang.Jika memang dah sampai saat nak memiliki,tabahlah dan teruskan berusaha.Ingat,pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.



Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya.Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran.Jangan putus asa.Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak.Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya.Teruskan berusaha!

Ingat,usaha yang Allah redha sahaja.Bagaimana?Dengan sms siang malam?Atau bergayut di telefon memanjang?Atau ajak keluar,belanja makan?Begitukah?


Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu,itu tips memikat wanita solehah dan beriman.Seabik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.


Seringkali,seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi.Pepohon berduri sanggup diredah,curam dan jurang sabar ditempuh.Namun,apabila dia memilikinya,didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma.Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunnah.



Beringatlah,urusan jodoh tak ke mana.Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita.Ianya urusan yang pasti.Apa yang tak pasti,sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebalik
nya waAllhu'alam.

Wednesday, December 1, 2010

Menanti Yang Belum Pasti




Meniti hari dalam ketidakpastian

Menanti yang belum pasti

Bilakah penantian ini akan berakhir?

Namun

Takkan pernah aku berganjak dari pendirianku

Selangkah pun tidak akan

Teruskan mujahadah

itu janjiku

Demi menggapai reda Allah

Aku akan tetap teguh berdiri di sini

Lantaran keyakinanku pada janjiNya

Yang akan melenyapkan ketidakpastian ini

satu saat nanti...