salam

Saturday, April 21, 2012

NEVER EVER GIVE UP !

Masalah, ujian, musibah itu adalah persepsi. Hanya jiwa yang redha dan menerima tak mengatakan yang itu masalah dan seangkatan dengannya. Perkara ini ada kaitan dengan qada’ dan qadar. Kita yakin dengan rukun iman yang enam hakikatnya ramai yang tergelincir pada rukun yang ke-enam. Iaitu, beriman kepada qada’ dan qadar.

 Andai hati kita betul-betul redha, kita TAKKAN anggap ia musibah/masalah atau seangkatan dengannya. Sering kali antara kita mengucapkan,

 “aku redha ya Allah”

 Hakikatnya hati tidak redha dengan ketentuan-Nya. Pasti kita pernah dengar,

 ”Ujian tanda Allah sayang”

 Tetapi sebenarnya andai hati kita benar-benar redha, kita tidak akan mengatakan ianya adalah ujian sebaliknya hanya gurauan daripada Sang Pencipta kepada hamba-Nya sebab Allah nak bgurau dengan kita untuk mengetahui apakah persepsi kita pada-Nya, sebagai contoh,

 “Hamba Aku ni marah ke, ok ke, steady ke, sedih ke, marah kat Aku ke?”

 Seperti kawan kita bergurau dengan kita. Kadang-kadang mereka sengaja buat kita marah, sengaja sedihkan kita sedangkan mereka hanya ingin bergurau untuk menguji persepsi kita pada gurauan mereka juga untuk melihat adakah kita seorang yang mudah ‘melatah’? Adakah kita seorang yang tenang? Adakah kita seorang yang panas baran?

 Iman adalah tentang meletakkan kepercayaan pada Allah. Kita percaya tiap apa yang Dia buat adalah yang terbaik buat kita seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 260;

 boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu 

Lagi tinggi kepercayaan kita pada Allah, lagi tinggi iman kita pada Allah.

 Apabila kita meletakkan kepercayaan kita pada Allah, pasti kita tidak akan menemui kekecewaan kecuali kebahagiaan, ketenangan, syukur kerana tiada Tuhan melainkan Allah, yang telah aturkan apa yang terbaik untuk kita cuma kita yang buta untuk menilai dan memahami dengan mata hati.

 Allah sentiasa mengotakan janji-Nya seperti firman Allah dalam Surah Al-Insyirah ayat 5 dan ayat 6 diulang DUA kali;

 sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan 


Bagaimana ingin menjadi hamba yang berserah?

 Tatkala kita menerima gurauan Allah yang mungkin kita tidak disukai, tidak senangi, atau bertentangan dengan apa yang kita harapkan, motivasikan diri kita dengan kata-kata positif kerana apa yang kita fikir, cakap dan buat adalah doa. Jadi kita patut memupuk kata-kata positif terhadap diri sendiri. Contoh

, “Jangan risau, perkara ini sekejap je. Allah tengah bergurau dengan aku ni. Pasti, Allah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk aku. Oleh sebab itu, aku harus tenang dan menghadapinya dengan hati yang pasrah dan tabah. Apelah sangat perkara ini berbanding Allah yang Lebih Besar daripada perkara ini. Cerita sahaja pada Allah, pasti Allah akan selesaikan.”

 Walaupun anda tidak begitu yakin dan percaya dengan apa yang anda cakapkan, teruskan mengulang sehingga ia memberi energy positif ke dalam hati anda. InsyaAllah lama-kelamaan hati anda akan merasai kekuatan untuk mempercayai Allah.

Teruskan Berdoa Andai Benar Ingin Memilikinya


Memang tak dinafikan, umur lingkungan 20-an sangat memberi cabaran pada diri ini. Apetah lagi dalam menjaga hati. Melihat pasangan-pasangan di shopping mall kadang-kala mengetuk hati namun lebih nikmat bercinta selepas nikah. Tambahan lagi, lebih berkat dan mendapat rahmat daripada-Nya malahan lebih banyak pahala yang akan diperoleh. Walau diri ini sedar bahawa diri ini masih belum bersedia, namun takkan mampu diri ini menyembunyikan hasrat hati. Takkan mampu menipu diri sendiri.


  “Mencintai tak semestinya memiliki”



Itulah kata-kata yang biasa kita dengar. Yang mana ia adalah sebagai peringatan agar kita sentiasa meletakkan pengharapan hanya kepada Allah bukan manusia atau kita hanya akan kecewa apabila meletakkan harapan kepada manusia.

 Melihat pasangan muda yang sudah berkahwin apetah lagi yang sudah mempunyai anak di kala umur sebaya dengan saya menambah keinginan untuk mendirikan baitul muslim. Saya pasti ini juga berlaku pada muslimah-muslimah yang lain.

 Ada antaranya sudah melangsungkan majlis pertunangan, bermujahadah menjaga hati agar tidak bermain dengan nafsu sehinggalah majlis nikah selesai. Ada juga yang sedang menanti-nanti siapakah gerangannya yang akan menerima dirinya. Ada juga yang sudah mempunyai pilihan hati, dan hanya berserah di hamparan sejadah menanti jawapan dalam istikharah cinta sebagai jawapan daripada Allah SWT.

 Pada yang telah mempunyai pilihan hati, mungkin walau setelah menunaikan istikharah, si dia tidak menunjukkan respon yang diharapkan, jangan pernah berhenti berdoa kerana Allah itu Maha Mendengar. Dengarlah nasihat ini yang sebenarnya nasihat buat diri ini

 , Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.

 Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa . 

 Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya… (Aidil Sahipaludin)

Tuesday, April 10, 2012

YA ALLAH, Sampaikan aku padanya...

"Sayang, dulu sebelum kahwin, Sayang tak ada pun ajak abang keluar makan sama-sama ke, 'dating' ke, Sayang takut Allah ye?"
"Mestilah cik abang sayang. Sayang nak bagi cinta kita 'meletup' selepas kahwin. Orang yang tidak biasa berpuasa syahwat tak akan menikmati debaran saat berbuka dan bertemu dengan-Nya. Best kan bang, ada kenangan cinta yang terpelihara? :)"

 Mencari Jodoh? Assalamualakum wbt semua... Masyallah, Alhamdulillah, semakin ramai insan-insan yang baik ingin menikmati cinta selepas akad, bukan sebelum akad.

 Ada yang mempunyai pilihan hati sendiri. Kemudian, mengkhabarkan hasrat hati atau menyunting si dia dengan perantaraan insan-insan yang baik di sekelilingnya. Silakan. Ada yang lebih hebat, berjumpa terus dengan ibubapa si dia. Silakan. Anda semua memilih jalan yang terjaga. Tahniah! Ada kemenangan yang layak dijadikan kenangan indah dalam cinta anda. Kesucian itu akan mewarnai cinta anda di alam rumah tangga hingga ke syurga, amin. Nikmatilah:)

 Persoalannya, berapa ramai orang yang sanggup menjadi 'orang tengah'? Kasihan kepada sesiapa yang belum mempunyai pilihan... Semakin ramai insan yang sanggup menjadi orang tengah yang baik, insyallah semakin popularlah jalan mencari jodoh melalui orang tengah. Mudah-mudahan, insya-Allah, semakin ramailah orang yang akan selamat daripada jalan-jalan syubhah (meragukan).

                            Anda sudah setiap hari berdoa?




Anda sudah cuba-cuba merisik? 



Anda tetap juga belum mempunyai calon?

 Allah mengira setiap patah doa yang dipanjatkan. Allah menghitung setiap titis air mata yang dialirkan. Allah lah sebaik-baik Kekasih yang paling memahami. Alhamdulillah, ada satu berita gembira ni. :) Berita gembira ini istimewa buat mereka yang sudah bersedia mahu berkahwin khususnya muslimah. Muslimah yang masih belajar tu, saya nasihatkan belajar dulu sampai habis bagi meraikan hasrat keluarga...

 "Berita apa? Tak sabar dah ni..

." Ada seorang Imam di salah sebuah masjid universiti tempatan memberitahu saya, beliau didatangi oleh ramai pelajar lelaki dari dalam dan luar negara yang minta dicarikan jodoh untuk mereka. Malangnya, beliau tidak begitu mengenali akhawat yang sedang mencari jodoh.

 Jadi, jika anda ingin berusaha dengan cara ini pula, maka bolehlah menghubungi saya melalui email: fs_loveislam@yahoo.com.

 Prosesnya mudah.

1. Istikharah dan musyawarah untuk TAARUF.
 2. Jika yakin, saya dan suami akan mempertemukan anda atau memberi nombor contact Imam masjid tersebut.
 3. Bawa pengiring dan berjumpa dengan imam itu. Bincangkan ciri-ciri pemuda yang anda impikan. Insya-Allah imam itu akan mencadangkan nama seseorang.
 4.Perjumpaan seterusnya ialah Majlis Taaruf dengan si dia bertemankan Imam dan pengiring anda.
 5. Istikharah dan musyawarah untuk KHITBAH (bertunang). Jika dimantapkan hati rasa ada keserasian, maka teruskan KHITBAH. Jika hati tidak berkenan, maka anda ada hak untuk berkata, "Tidak." 6.
7.
8....Proses seterusnya anda lebih arif. Moga makluman ini sedikit sebanyak dapat membantu mencapai impian anda membina MASJID dengan jalan yang terpelihara. Semuanya dengan izin Allah SWT jua.

Salam sayang....

 Share From http://sebarkanbahagia.blogspot.com

Friday, April 6, 2012

“Saya Ingatkan Ustazah Tadi…”

“Awak ambik kos pendidikan Islam...??
 “tak…” “Habistu???
 Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”
 “Tak juga, saya kos economics n management sciences la…”
 “saya ingatkan ustazah tadi…”
 Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama… Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz.. ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!! Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh... Sebagaimana firmannya : "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)



 Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita.
Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

 "Dahtu kenapa bertudung labuh?

" Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya… “Eh tudung pun boleh jadi cikgu???

” Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco?
Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu…
 Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai…

Nauzubillah…

 Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…
 “Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”

 Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.
 “Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”
 “Kenapa saya” “Sebab saya tengok awak alim je”

 “Kenapa???
Sebab saya pakai tudung labuh???
" Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…

 Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin.

 Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat. Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah. sekian..................... ;D


  *Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah... *Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT... Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.

Monday, April 2, 2012

♥♥♥ Pesan Cinta Dari Rasulullah Shalallahu ' Alahi Wasallam ♥♥♥




•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*• ♥♥♥ Pesan Cinta Dari Rasulullah Shalallahu ' Alahi Wasallam ♥>3>3


Saudara ku fillah,,, Janganlah takut jatuh cinta, tidak ada yang aneh dengan cinta, cinta adalah tanda orang yang waras jiwanya, cinta memang diciptakan sebagai bagian dari manusia itu sendiri.

 ومن ايته ان خلق لكم من انفسكم ازواجا لتسكنوا اليها وجعل بينكم مودة ورحمة ان في ذ لك لا يات لقوم يتفكرون

" Dan sebagian dari dari tanda-tanda kebesaran Nya adalah Dia menciptakan pasangan–pasangan bagi kalian dari jenis kalian, agar kalian merasa tenang pada pasangan kalian dan Dia menjadikan diantara kalian rasa kasih sayang dan cinta. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda – tanda bagi orang-orang yang berfikir. (QS. Ar-Ruum: 26) "

 Setiap waktu, begitu banyak orang yang kecewa karena cinta dan menuangkan rasa kecewanya dengan makian yang mungkin sedikit membantunya, namun bagaimanapun mencegah lebih baik daripada mengobati, oleh sebab itu sebagai bentuk pencegahan ada sebuah pesan dari Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Turmudzi, dalam kitab sunannya, nomor 1920.

 أَحْبِبْ حَبِيبَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ بَغِيضَكَ يَوْمًا مَا وَأَبْغِضْ بَغِيضَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ حَبِيبَكَ يَوْمًا مَا

 "Cintailah kekasihmu sesederhana mungkin, karena bisa saja kekasihmu itu suatu hari nanti menjadi musuhmu, dan bencilah musuhmu sesederhana mungkin karena bisa saja suatu hari musuhmu itu menjadi kekasihmu."

 Pesan hadits ini memang sangat sulit untuk di laksanakan, namun paling tidak pesan ini akan dapat meredam kekecewaan yang sudah terlanjur terjadi karena perasaan cinta yang luar biasa telah dihianati dan timbul kebencian yang luar biasa pula. Pada saat itu kita mulai belajar untuk membencinya sesederhana mungkin karena bisa saja dia menjadi kekasih kita lagi. ♥♥>>3 •*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•





Sunday, April 1, 2012

JOM KiTa JaDi BAiK..



Sebenarnya tanpa kita sedari,kita dilahirkan dalam pelbagai kelebihan dan kekurangan. Mengapakah pencipta kita melakukan sedemikian? pasti ada hikmah!


Tujuannya adalah supaya dunia ini menjadi warna warni dan bahagia dengan kelebihan dan kekurangan manusia. Dari situlah kita belajar untuk saling memerlukan dan saling membantu bukannya bangga dengan kelebihan diri dan mendedahkan aib orang lain.nauzubillah.

Daripada Fadhallah bin Ubaid r.a,Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Berbahagialah orang yang diberi hidayat kepada Islam,manakala kehidupannya pula sentiasa mencukupi dan berpada."
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

Jika dalam hati kita ada sekelumit rasa tidak puas hati atau sebarang sifat mazmumah. Ayuh,beristighfarlah! Ingatlah tujuan hidup ini.


Kita dijadikan untuk beribadah kepadaNYA.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud : "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU "
(Surah az-Zariyat ayat 56)

Kita sebagai manusia kena sedar, bahawa kita dijadikan oleh ALAH SWT adalah sama dan yang membezakan Kita hanyalah amal. Jangan pandang kelemahan orang, jangan banding-bandingkan siapa kita dan siapa mereka. ALLAH SWT tidak memandang puti
h hitam kulit manusia atau tinggi pendek seseorang itu melainkan ha
tinya.

Daripada Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi ALLAH melihat kepada hati-hati kamu."
(Riwayat Muslim)

Hati manusia ini lembut dan mudah tersentuh jika kita cuba untuk merendah-rendahkan orang lain. Apatah lagi jika kita menghina mereka kerana kita sesama islam adalah be
rsaudara .

Daripada Abdullah bin Umar r.a,Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Seorang muslim adalah saudara kepada seorang muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Untuk menjadi orang yang berjaya, kita hendaklah yakin dengan kemampuan diri kita. Dimana kekuatan kita. Dimana minat kita. Dimana kekur
angan kita. Cuba untuk perbaiki diri dan jangan menilai orang lain. Jangan sekali-kali. Dalam diari kita, jangan kita selitkan dengan unsur-unsur negatif tetapi selitkan catatan harian kita dengan cerita-cerita yang menjerumus kita kearah bersyukur kepada Ilahi. Dan kelemahan yang terjadi pada hari itu, kita cuba kuatkan balik dan ubah sikit demi sedikit pada masa akan datang untuk menjadikan ia sebagai kekuatan bukan kelemahan.



Ingatlah, jangan sekali-kali menghina manusia lain dan memperlekehkan kebolehannya sekalipun. Bercakap seolah-olah kita tahu sifat sedalam-dalamnya dalam diri seseorang itu. Jauhkanlah perasaan dari merasa diri itu hebat kerana hanya ALLAH yang hebat dalam dunia seluruh alam semesta. Tidak ada selain DIA! jauhi penyakit hati yang besar seperti ujub,takabbur, dan riyak kerana ia bukan sikap seorang muslim yang sejati.

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a ,Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : "Tidak masuk ke syurga orang yang terdapat dihatinya walau sebesar zarah perasaan takabbur."
(Riwayat Muslim)

Kawan-kawan, jika kita dah pakai tudung labuh, kita dah merasa kita hebat, itu salah. Jika kita selalu bercakap mengenai agama, kita dah rasa kita hebat, itu juga salah. Jika kita dah pandai dan selalu dapat "A+" dalam sesuatu subjek, kita dah rasa hebat, itu juga salah. Kerana itu juga adalah ujian hati buat kita sebenarnya.
ALLAH memberi kelebihan untuk kita adalah untuk menguji kita begitu juga dengan kekurangan kita.kita akan sentiasa diuji. Letaklah ALLAH ditangga teratas dalam setiap perbuatan, percakapan mahupun tingkah laku kita. Usaha menjadi yang terbaik tapi tolong jangan memandang rendah terhadap seseorang! Jadi tidak susah untuk jadi orang baik asalkan niat kita adalah kerana ALLAH SWT.


Ingat pesan Dr Muhaya dalam Ikim.fm : "kita adalah apa yang kita fikirkan"