BERHATI-HATI DENGAN SI NAMMAN
Berhati-hatilah memilih kawan.
Nabi SAW pernah bersabda bahawa seseorang itu di atas agama kawan atau temannya.
Berkawan dengan seseorang yang baik dan teguh agamanya membuatkan agama, syaksiah dan peribadi kita semakin teguh juga.
Sebaliknya berdamping dengan orang yang ‘lemah’ agamanya akan membuatkan agama, akhlak dan syaksiah kita turut merudum juga.
Lalu, berhati-hatilah dari orang yang buruk perangai dan rendah akal budinya.
Antara ciri orang yang rendah akal budinya ialah ia suka membuka keaiban dan rahsia orang di hadapan kita.
Berhati-hati dari orang ini.
Berlama-lama ‘melayan’ orang sebegini bahaya akibatnya.
Nabi SAW namakan orang ini NAMMAM – orang yang suka buat atau jaja cerita berkenaan orang lain dengan niat dan maksud yang buruk.
Imam Khalil bin Ahmad rahimahullah berkata: “Barangsiapa yang mencela orang lain di depan anda, maka dia juga boleh (ada potensi) mencela anda di hadapan orang lain pula. Barangsiapa yang ‘buat cerita’ berkenaan orang lain di hadapan anda, maka dia juga akan (berpotensi) ‘buat cerita’ berkenaan anda di hadapan orang lain pula.” (Syu’abul Iman – 11195)
Persoalannya, apakah kita juga jenis orang suka menceritakan hal orang lain di hadapan teman dan kawa-kawan kita??
No comments:
Post a Comment