salam

Monday, December 13, 2010

Aurat....

Assalamu'alaikum w.b.t......

Kepada semua teman-teman.. Hari ini saya ingin menyentuh serba sedikit tentang bab aurat. Na'uzubillah..wanita dunia hari ini semakin lupa akan tanggungjawab ini. Bukanlah tujuan saya ingin memperli mana-mana pihak tetapi saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua dari apa yang saya baca dan apa yang saya lihat.

Sememangnya ramai wanita Islam diluar sana yang memandang remeh tentang etika berpakaian dan berhias diri mengikut Islam. Mungkin ada yang tidak tahu, atau sengaja tau tapi malu untuk melaksanakannya? Dengan berkembangnya pengaruh Barat dan unsur globalisasi sekarang ini, semakin ramai anak muda, walhal ada di antara sahabat-sahabat sekolah saya juga, makin tersasar.





Kalau dulu kat sekolah, ada dikuatkuasakan pemakaian tudung, alhamdulillah pemandangan yang biasa dilihat. Kadang-kadang terkejut juga bila di luar ketika bukan waktu sekolah atau cuti, ramai yang tak bertudung sahaja. Itu baru bab tudung. Pakaian saya tak nak cerita. Nak ditegur kawan, salah tegur lain jadinya. Sekarang diluar kawalan sekolah, masing2 dah masuk universiti, bekerja, sedih melihat kawan-kawan ini tidak bertudung juga. Sukar sebenarnya nak menegur dengan berhikmah. Bagi yang faham, alhamdulillah.

Alhamdulillah bagi yang pakai tudung adalah lebih baik, dari tak pakai langsung walaupun pemakaiannya tak sepenuhnya mengikut syariat. Ilmu sebegini la yang kena dikongsi..bagi mereka yang tak mengetahui itu, akhirnya mengetahui. Aurat bukan hanya dijaga dikepala - perhiasan bagi wanita adalah rambutnya, tapi keseluruhan tubuhnya. Apa lagi yang lain?
Ringkasnya, di sini saya senaraikan had-had pandangan atau aurat bagi wanita menurut al-Quran dan hadis, dari apa yang saya baca dan fahami.. Fikirkan dan semuanya terletak atas keimanan anda.

Fatehsolehah@Syahidahsolehah

Salam Ukhwah........

No comments: