Syukran Ya ALLAH aku masih bernyawa dan bernafas di bumi Mu Ya ALLAh....
Aku Amat mencintaimu ya ALLAH,Aku juga Mencintai Kekasihmu Ya Muhammad S>W>T
Ya ALLAH KAu pertemukan lah daku dgn Mujahid Yang Ku impikan YA ALLAH, Yg dapat Memimpin ku kejalan Yg Dirdhai Mu Ya ALLAH...... Ya ALLAH AKu dengar la Rintihan KU YA ALLAH...
Terkadang hati ini tertanya-tanya, siapakah pendamping hidupku kelak? Siapakah mujahid yang bakal menjadi imam pada setiap solatku? Resah gelisah hati menunggu, mengira setiap detik dan waktu, adakah impian ini akan menjadi kenyataan? Bersama-sama si mujahid, menemaninya dalam perjuangannya. Doaku padaNya “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yang soleh sebagai nakhoda duniaku, agar dia dapat melayar dan membimbing hidupku menuju syurgaMu…”
Arghh..apakah aku terlalu bercita-cita? Layakkah diri ini mengimpikan seorang mujahid sedang diri bukanlah seorang mujahidah? Bukan jua impian sang mujahid. Ya Allah, aku lupa.. seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban untuk menegakkan Deen-ul-haqq. Tapi, sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yang telah sarat dengan cintanya kepada yang lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkan tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskan si mujahid pergi sedangkan hati ini tahu si mujahid yang teramat dicintai mungkin akan keguguran di medan juang??..
Mampukah aku mengingatkan si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskan lagi si mujahid dengan cinta duniawi?? Ya Allah, akukah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yang dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya??? Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya untuk Ad-Deen ini.
Ah..sudahlah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu… Masanya belum tiba untuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!! Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya. Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yang perlu kau raih. Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan?? Tapi kau masih terlau rapuh untuk menghadapinya…kau perlu tabah!! Dan aku tahu, kau tak mampu untuk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua… Duhai hati, bersabarlah… perjalanan kita masih jauh. Bersabarlah…teruskan doamu..
Pesanan Buat Diri Ini Dan Kalian Semua.....
Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah,janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah,tetapi berusahalah menJADI yang soleh.Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah…
kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu)mengenalinya.Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...
No comments:
Post a Comment