salam

Saturday, January 29, 2011

BERHATI-HATI DENGAN SI NAMMAN

BERHATI-HATI DENGAN SI NAMMAN


Berhati-hatilah memilih kawan.

Nabi SAW pernah bersabda bahawa seseorang itu di atas agama kawan atau temannya.

Berkawan dengan seseorang yang baik dan teguh agamanya membuatkan agama, syaksiah dan peribadi kita semakin teguh juga.

Sebaliknya berdamping dengan orang yang ‘lemah’ agamanya akan membuatkan agama, akhlak dan syaksiah kita turut merudum juga.

Lalu, berhati-hatilah dari orang yang buruk perangai dan rendah akal budinya.

Antara ciri orang yang rendah akal budinya ialah ia suka membuka keaiban dan rahsia orang di hadapan kita.

Berhati-hati dari orang ini.

Berlama-lama ‘melayan’ orang sebegini bahaya akibatnya.

Nabi SAW namakan orang ini NAMMAM – orang yang suka buat atau jaja cerita berkenaan orang lain dengan niat dan maksud yang buruk.

Imam Khalil bin Ahmad rahimahullah berkata: “Barangsiapa yang mencela orang lain di depan anda, maka dia juga boleh (ada potensi) mencela anda di hadapan orang lain pula. Barangsiapa yang ‘buat cerita’ berkenaan orang lain di hadapan anda, maka dia juga akan (berpotensi) ‘buat cerita’ berkenaan anda di hadapan orang lain pula.” (Syu’abul Iman – 11195)

Persoalannya, apakah kita juga jenis orang suka menceritakan hal orang lain di hadapan teman dan kawa-kawan kita??

Monday, January 24, 2011

SAHABAT


Sahabat
Andainya kematianku kau tangisi Pusara kau siram dengan air matamu Maka di atas tulang belulangku yang dah luluh Nyalakanlah obor untuk umat ini dan Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan
Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan Memenuhi panggilan Kekasih yang merinduku Taman-taman indah di syurga Tuhan Terhampar menanti Burung-burungnya berpesta menyambutku Dan berbahagialah hidupku di sana
Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur Fajarkan menyingsing Dan alam ini akan disinari cahaya lagi Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya Jangan gentar berkelana ke alam abadi Di sana cahaya fajar memancar.
Sayyid Qutub-1966

Thursday, January 20, 2011

Dugaan yang tidak mampu dilupakan.

Dugaan yang tidak mampu dilupakan.


Assalammu’alaikum.
Ya ALLAH terima kasih ya Allah engkau telah memberi kami dugaan yang begitu mencabar dalam hidup kami ya Allah…Terima Kasih juga kepada MU yang memperingati kami tentang kematian ya ALLAH.. ALHAMULILLAH…
Setelah 3 hari Abah ku menyepi.. kina Aku dapat menatap wajahnya yang agak tersiksa..Aku tahu bertapa peritnya dugaan yang harus abahku harungi.. Ya ALLAH aku mohon kau ringankanlah bebanan yang telah ENGKAU berikan terhadap abahku yaALLAH…
Aku tahu abahku perlukan semangat dari keluarganya. Bukan tekanan yang diminta aku ,kakak-kakak , adek-adek dan mak, kami tahu benar apa yang abahku lalui….. Agak tersiksa juga kami melihat abah..Doctor kata 50-50 sahaja.. ya Allah kau kuatkanlah iman kami, kau tabahkanlah hati kami setabah Nabi Allah>MUHAMMAD S.W.T<… 3 hari kami bergilir-gilir menjaga abah.. rasanya macam dah jadi rumah sendiri dah nie…. Kalau waktu Melawat tu boleh katakana keluaraga KAmi yang Ramai…. Pak Gurd pun macam terkejut…Samapai orang cakap berapa orang yang sakit nie??? Mejori dekat wad ICU nie sakit darah tinggi,jantung,paruparu berair dan segala penyakit la… Mula-mula tu takut juga nak masuk dalan wad ICU … huhhuhu. .. Almaklumla nak masuk kena pakai pakain khas dgn kasut sekali…. Mula_mula tengak abah ya ALLAH rasa lembik wa longlai rasa huhuhuhu masa tu semua terfikir kenapa aku harus terima ujian ini?, kenapa mesti aku lalui semua ini?Kenapa Keluga aku juga yang haru menempuh dugaan ini?? KENAPA?????? Selepas dugaan ini aku lalui, baru ku tahu Yang ALLAH member ujian dan peringatan untuk Aku dan seluruh keluargaku… Masa tu aku rasa berdosa sangt kenapa harus aku pertikai kan semua itu??,… YA ALLAH kau ampunilah dosa hambamu yang Berdosa kepada mu ya ALLAH…Ya ALLAH Aku amat bersyukur denagn segala pemberianMu…ALHAMULILLAH. Aku yakin dan percaya Semua yang berlaku ini Ada Himkmahnya dan Allah Yang dan merancang segala-galanya. Masa dekat wad ICU nie macam-macam ragam orang…dapat jumpa Adakalanya rasa terharu , nak menangis pun ada juga macam-macam perasaan la.. Dalam entry nie ada seorang yang paling tabah dan kaut samangat siapa dia??? Oaring yang dimaksudkan kan ialah mak aku la. Macam-macam oarang cakap.. kenapa x buat operation? , kenapa boleh jadi macam nie? Rasa kesian bila tengak mak nak menajawab kadang-kadang tu soalan yang sama je, >kak long ada cakap dekat aku , kesiankan mak kena Tanya dan jawab perkara yg sama. Kan bagus kalau kita record ja.. Hee.hee lucu pun ada juga macam mana la kak long boleh terpikr macam tu..<
MAk la yang la yang paling letih saat Macam nie. Boleh katakan Setiap masa mak kepenatan.. ye la Yang mana nak melayan kerenah abah, kerenah doctor,kerenah rakan-rakan abah dgn mak, sanak saudara lagi.. huhuhhu….sedihnya.. MAk Sabar ye..
Moga-Moga ALLAH mempermudahkan urusan Abahku..Ya ALLAh kau ampunilah segala Dosa Abah ku ya ALLAh, YA ALLAH jika engkau Menyayanginya engkau AMbil la dengan selembutnya YA ALLAH aku mohon YA ALLAH, Seandainya Sesaat ini aku dapat menggantikan tempat Abahku.. Aku sanggup yA ALLAH…Ya ALLAH kau rahmatilah Kmi sekeluarga ya ALLAH.. Kau Tunjukkan la Hikmah Yang tersembunyi isaat Dugaan ini ya ALLAH…
Akhir sekali aku berharap siapa yang baca entry nie , doa la untuk kesejahteraan abahku dan keluarga kami.. Amin…