Assalammua'alaikum...... Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, Yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan (untuk mengurus berbagai macam urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaan-Nya apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. FAATHIR:1) نؤر عديلة بنت جوحريا
salam
Saturday, April 3, 2010
AKU......
AKU..
Hanya seorang insan yg selalu leka dan lalai..
Yang akan tersedar bila digugah ujian Tuhan..
Dipilih Allah memimpin diri dan ummah..
Selalu jatuh di persimpangan jalan..
JIWA AKU..
Terkadang alpa,dipenuhi cinta dunia..
Bosan dgn kerenah manusia..
Letih melayan bermacam2 perangai..
Penat memikirkan perihal makhluk..
TEGUH AKU..
Menahan kesedihan di hadapan awam..
Mengadu,mengharap kpd Sang Pencipta..
Tak sehebat srikandi Islam..
Kadang roboh di tengah2 kesulitan duniawi..
TAPI AKU..
Selalu lupa bersyukur dgn ujian..
Seringkali terlalai dgn nikmat..
Bergelumang dgn dosa dan maksiat..
Terkadang jauh dgn Ilahi..
Cinta dunia menguasai..
AKU MAHU..
Sehebat Khadijah isteri Rasul..
Setabah hati Sumayyah srikandi Islam..
Sekuat Masyitah bidadari syurga..
Seteguh Asiah isteri Firaun..
NAMUN..
Mampukah aku??..
Istiqamah menghadapi ujian dunia ini?
Hidup di atas muka bumi yg penuh penipuan..
Melayan kerenah2 manusia berbagai2 rupa..
Menjunjung Islam yg semakin dipijak..
Menyumbang sesuatu bwt ummah..
Mengislah diri di bwh redhaMu..
Ya Allah,kuatkanlah hati ku,tenangkanlah ia,berilah petunjuk dan hidayah pd diriku..
Bukan kehidupan dunia yg aku harapkan,,tetapi hanyalah perjuangan menuju akhirat..
"SYAHID CITA-CITAKU"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment