salam

Saturday, June 5, 2010

Bertudung untuk fesyen atau ikut syariat

2 bulan yang lepas ketika aku sedang menunggu pesanan makanan masuk seorang wanita bertudung bawal memakai T-Shirt pink nipis berlengan pendek paras ketiak. 3 hari lepas ketika aku mengisi minyak kereta keluar seorang wanita bertudung dengan baju blouse paras lutut nampak jelas betis putih melepak.

Pemandangan wanita bertudung dengan seluar ketat, baju ketat, baju nipis dan singkat sudah menjadi halua mata setiap hari apabila kita bersiar di Pasaraya atau di Pusat Pengajian Tinggi. Tak kurang juga pakaian wanita yang bertudung lebih seksi daripada wanita tidak bertudung. Tidak kurang juga wanita bertudung lebih teruk perangainya daripada wanita tidak bertudung.


Melihat cara wanita sekarang bertudung menjadikan aku bigung memikirkan apakah tujuan mereka bertudung. Perkara negatif yang ditujukkan oleh wanita bertudung menjadi satu alasan kepada sebahagian wanita tidak bertudung untuk tidak bertudung. Ini bukanlah alasan yang baik untuk tidak bertudung tetapi itulah hakikat yang berlaku.
Firman Allah Surah An-Nur ayat 31 : “Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung“.

2 comments:

Mimiemiloes.. said...

dunia dh nk kiamat...huhu..dh jd mcm ideologi kamal ataturk blk dh..cz kamal ataturk dlu ckp kalo nk pakai tudung,syaratnye kena pakai skirt pendek..huh..nauzubillah...

Nur Adila said...

Zaman sekarang pakai tudung mcm x ikhlas je.
cuba tgk artis2 zaman sekrng pakai selendang just letak atas kepala, lps tu mengaku pula pakai tundung, sedang rambut berjuntai nampak...
lps apa yang dikesalkan trend pakai selendang sejemput tu dah jadi ternd zaman sekarang.. rasa geram tgk.
lebih baik tak payah terus pakai tudund bt malu je oranag islam pakai macam tu.... insaf la wahai semua kaun hawa..
PERINGATAN INI JUGA BT DIRI KU DAN SAHABA-SAHABAT KU..