salam

Monday, August 23, 2010

Apa?? susah hendak buat pilihan?? Jangan cari ALASAN ..jom sama2 cari JAWAPAN >_< SHARING IS CARING~




Tip MemBuat KepuTusan

Pernahkah anda bingung dalam membuat pilihan? Berikut beberapa Petua yg cukup praktikal untuk diamalkan ketika membuat PILIHAN.....

PERTAMA : SOLAT ISTIKHARAH

Solat Istikharah patut menjadi prioriti seorang Muslim dalam membuat sebarang keputusan. Tidak semua perkara yang diinginkan oleh kita adalah yang terbaik buat kita dan tidak semua perkara YANG KITA TIDAK SUKAI MEMBAWA MUDARAT. Hanya ALLAH S.W.T yang tahu apa yang TERBAIK buat kita. Ini dijelaskan lagi dengan firman-Nya yang bermaksud : " DAN BOLEH JADI KAMU MEMBENCI KEPADA SESUATU PADAHAL IA BAIK BAGI KAMU, DAN BOLEH JADI KAMU SUKA KEPADA SESUATU PADAHAL IA BURUK BAGI KAMU.DAN INGATLAH ALLAH JUALAH YANG MENGETAHUI SEMUANYA ITU, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUINYA"... (surah Al- Baqarah 2:216)

KEDUA : MUSYAWARAH

Musyawarah, syura,bermesyuarat atau diskusi amat penting. Satu akal yang bersuara membuat keputusan sama sekali tidak sama dengan suara majoriti atau akal yang kurang ilmu dan pengalaman tidak dapat membuat keputusan sematang mereka yang berilmu dan mempunyai banyak pengalaman hidup yang banyak. oleh sebab itu, mintalah pendapat orang soleh, Ilmuan atau merekayang lebih beumur daripada kita terutamanya IBU BAPA dalam membatu kita membuat keputusan.

KETIGA : DENGAR KATA HATI

Hati boleh memainkan peranan dalam membuat keputusan. Tetap perlu bersyarat.Bukan sembarangan hati yang kita boleh dengar kehendaknya. HANYA HATI YANG CINTAKAN ALLAH DAN RASUL YANG LAYAK DIPERTIMBANGKAN. Oleh sebab itu, dengarlah kata hati selepas solat terutamanya selepas solat fardu, solat taubat atau solat istikharah serta ketika sedang berpuasa.

PESANAN : tip yang diberikan tidak boleh diamalkan bagi membuat keputusan dalam soal mematuhi arahan ALLAH dan menjauhi larangan-Nya..

No comments: