salam

Wednesday, February 2, 2011

Berapa kalikah KITA sujud syukur..??



Berapa kalikah KITA sujud syukur..??

Tak pernah? Atau pada situasi tertentu saja?

Itu maknanya Anda kurang bersyukur.
Kami sedari perkara ini apabila terbaca kebaikan dari mengamalkan sujud syukur lalu mengamalkannya. Apabila bersujud lalu melafazkan syukur sepenuh hati sehingga rasanya meresap jauh ke dalam kalbu, Anda akan jadi bersemangat serta merta. Anda rasa gembira serta merta.

Entah sebab apa!


Itulah mejiknya bersyukur. Anda jadi gembira tak semena-mena. Mulai hari ini, pelajari cara untuk bersujud syukur, kemudian amalkan.
Ketika Anda bersujud syukur, ucapkan terima kasih setulus hati pada Allah Yang Maha Esa.

Fikir sesuatu perkara yang Anda paling hargai sekarang ini, kemudian panjatkan kesyukuran pada Yang Maha Esa.
Semua yang Anda ada hari ini, semua yang Anda miliki dan semua yang Anda gunakan hari ini sebenarnya pemberian Allah Yang Maha Esa cuma disalurkan melalui orang-orang disekeliling Anda.

Anda dapat membaca buku-buku motivasi kerana ada orang menulisnya untuk tatapan Anda.
Anda dapat makan nasi tengahari tadi sebab ada orang menuai padi untuk Anda, menjadi beras kemudian ada orang memasaknya untuk Anda sebelum nasi itu sampai ke tangan Anda lalu disuap ke mulut Anda.

Pernahkah Anda terfikir untuk bersyukur pada Tuhan atas nikmat ini?

Pernahkah Anda terfikir untuk berterima kasih pada Allah kerana Anda dapat makan nasi tiga kali sehari, bahkan sebanyak mana Anda mahu?

Latih diri Anda untuk mensyukuri perkara-perkara asas sebab latihan sebegitu akan membuat Anda jadi gembira, bersemangat sentiasa. Kesyukuran mendalam dapat mengikis kenegatifan, syaratnya tumpukan seluruh perhatian pada perkara-perkara di sekeliling Anda,selepas itu ucapkan terima kasih pada Tuhan kerana dengan izin dariNYA, Anda ada semua itu, Anda nikmati semua itu. Salam Ukhuwah..~

Alhamdulillah... Sahabt Ku kini Selamat. Terima Kasih Ya ALLAH..........

Assalammu'alaikum.....

Alhamdulillah.. khabr gembira hari ini aku terima.
sahabat baik ku dalam keadaan baik saja..
dan dijankan beso akan pulang ketanah air.
Setelah 1 minggu hilang berita alhamdulillah.....
aku dapat berhubung dengannya...........

Dalam kegembiraan pun aku kena ada juga halangan al maklum la dosa nie menggunung.
ya ALLAh ampunilah dosa ku...

Printer oh PRINTER...
kenappa la time nie nak buat hal... time aku suka print benda x tentu hala ok je....
ink pun o je sangkut apa-apa pun..time nak print benda penting dalam hidup x mau nak keluaq pula.........saja betul la bg aku naik hangin..............

huhuhuhhhuuu..........

Siapala nak tolong nie YA ALLAh............

Tolong la HAmbamu Ini Ya ALLAH...

.......................................................


PRINTER HARAP BOLEH LA BERKHIDMAT UNTUK KU SEBELUM AKU BALIK KELANTAN............