Sebenarnya tanpa kita sedari,kita dilahirkan dalam pelbagai kelebihan dan kekurangan. Mengapakah pencipta kita melakukan sedemikian? pasti ada hikmah!
Tujuannya adalah supaya dunia ini menjadi warna warni dan bahagia dengan kelebihan dan kekurangan manusia. Dari situlah kita belajar untuk saling memerlukan dan saling membantu bukannya bangga dengan kelebihan diri dan mendedahkan aib orang lain.nauzubillah.
Daripada Fadhallah bin Ubaid r.a,Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Berbahagialah orang yang diberi hidayat kepada Islam,manakala kehidupannya pula sentiasa mencukupi dan berpada."
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)
Jika dalam hati kita ada sekelumit rasa tidak puas hati atau sebarang sifat mazmumah. Ayuh,beristighfarlah! Ingatlah tujuan hidup ini.
Kita dijadikan untuk beribadah kepadaNYA.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud : "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU "
(Surah az-Zariyat ayat 56)
Kita sebagai manusia kena sedar, bahawa kita dijadikan oleh ALAH SWT adalah sama dan yang membezakan Kita hanyalah amal. Jangan pandang kelemahan orang, jangan banding-bandingkan siapa kita dan siapa mereka. ALLAH SWT tidak memandang puti
h hitam kulit manusia atau tinggi pendek seseorang itu melainkan ha
tinya.
Daripada Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi ALLAH melihat kepada hati-hati kamu."
(Riwayat Muslim)
Hati manusia ini lembut dan mudah tersentuh jika kita cuba untuk merendah-rendahkan orang lain. Apatah lagi jika kita menghina mereka kerana kita sesama islam adalah be
rsaudara .
Daripada Abdullah bin Umar r.a,Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Seorang muslim adalah saudara kepada seorang muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Untuk menjadi orang yang berjaya, kita hendaklah yakin dengan kemampuan diri kita. Dimana kekuatan kita. Dimana minat kita. Dimana kekur
angan kita. Cuba untuk perbaiki diri dan jangan menilai orang lain. Jangan sekali-kali. Dalam diari kita, jangan kita selitkan dengan unsur-unsur negatif tetapi selitkan catatan harian kita dengan cerita-cerita yang menjerumus kita kearah bersyukur kepada Ilahi. Dan kelemahan yang terjadi pada hari itu, kita cuba kuatkan balik dan ubah sikit demi sedikit pada masa akan datang untuk menjadikan ia sebagai kekuatan bukan kelemahan.
Ingatlah, jangan sekali-kali menghina manusia lain dan memperlekehkan kebolehannya sekalipun. Bercakap seolah-olah kita tahu sifat sedalam-dalamnya dalam diri seseorang itu. Jauhkanlah perasaan dari merasa diri itu hebat kerana hanya ALLAH yang hebat dalam dunia seluruh alam semesta. Tidak ada selain DIA! jauhi penyakit hati yang besar seperti ujub,takabbur, dan riyak kerana ia bukan sikap seorang muslim yang sejati.
Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a ,Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : "Tidak masuk ke syurga orang yang terdapat dihatinya walau sebesar zarah perasaan takabbur."
(Riwayat Muslim)
Kawan-kawan, jika kita dah pakai tudung labuh, kita dah merasa kita hebat, itu salah. Jika kita selalu bercakap mengenai agama, kita dah rasa kita hebat, itu juga salah. Jika kita dah pandai dan selalu dapat "A+" dalam sesuatu subjek, kita dah rasa hebat, itu juga salah. Kerana itu juga adalah ujian hati buat kita sebenarnya.
ALLAH memberi kelebihan untuk kita adalah untuk menguji kita begitu juga dengan kekurangan kita.kita akan sentiasa diuji. Letaklah ALLAH ditangga teratas dalam setiap perbuatan, percakapan mahupun tingkah laku kita. Usaha menjadi yang terbaik tapi tolong jangan memandang rendah terhadap seseorang! Jadi tidak susah untuk jadi orang baik asalkan niat kita adalah kerana ALLAH SWT.
Ingat pesan Dr Muhaya dalam Ikim.fm : "kita adalah apa yang kita fikirkan"
No comments:
Post a Comment