salam

Saturday, April 21, 2012

NEVER EVER GIVE UP !

Masalah, ujian, musibah itu adalah persepsi. Hanya jiwa yang redha dan menerima tak mengatakan yang itu masalah dan seangkatan dengannya. Perkara ini ada kaitan dengan qada’ dan qadar. Kita yakin dengan rukun iman yang enam hakikatnya ramai yang tergelincir pada rukun yang ke-enam. Iaitu, beriman kepada qada’ dan qadar.

 Andai hati kita betul-betul redha, kita TAKKAN anggap ia musibah/masalah atau seangkatan dengannya. Sering kali antara kita mengucapkan,

 “aku redha ya Allah”

 Hakikatnya hati tidak redha dengan ketentuan-Nya. Pasti kita pernah dengar,

 ”Ujian tanda Allah sayang”

 Tetapi sebenarnya andai hati kita benar-benar redha, kita tidak akan mengatakan ianya adalah ujian sebaliknya hanya gurauan daripada Sang Pencipta kepada hamba-Nya sebab Allah nak bgurau dengan kita untuk mengetahui apakah persepsi kita pada-Nya, sebagai contoh,

 “Hamba Aku ni marah ke, ok ke, steady ke, sedih ke, marah kat Aku ke?”

 Seperti kawan kita bergurau dengan kita. Kadang-kadang mereka sengaja buat kita marah, sengaja sedihkan kita sedangkan mereka hanya ingin bergurau untuk menguji persepsi kita pada gurauan mereka juga untuk melihat adakah kita seorang yang mudah ‘melatah’? Adakah kita seorang yang tenang? Adakah kita seorang yang panas baran?

 Iman adalah tentang meletakkan kepercayaan pada Allah. Kita percaya tiap apa yang Dia buat adalah yang terbaik buat kita seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 260;

 boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu 

Lagi tinggi kepercayaan kita pada Allah, lagi tinggi iman kita pada Allah.

 Apabila kita meletakkan kepercayaan kita pada Allah, pasti kita tidak akan menemui kekecewaan kecuali kebahagiaan, ketenangan, syukur kerana tiada Tuhan melainkan Allah, yang telah aturkan apa yang terbaik untuk kita cuma kita yang buta untuk menilai dan memahami dengan mata hati.

 Allah sentiasa mengotakan janji-Nya seperti firman Allah dalam Surah Al-Insyirah ayat 5 dan ayat 6 diulang DUA kali;

 sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan 


Bagaimana ingin menjadi hamba yang berserah?

 Tatkala kita menerima gurauan Allah yang mungkin kita tidak disukai, tidak senangi, atau bertentangan dengan apa yang kita harapkan, motivasikan diri kita dengan kata-kata positif kerana apa yang kita fikir, cakap dan buat adalah doa. Jadi kita patut memupuk kata-kata positif terhadap diri sendiri. Contoh

, “Jangan risau, perkara ini sekejap je. Allah tengah bergurau dengan aku ni. Pasti, Allah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk aku. Oleh sebab itu, aku harus tenang dan menghadapinya dengan hati yang pasrah dan tabah. Apelah sangat perkara ini berbanding Allah yang Lebih Besar daripada perkara ini. Cerita sahaja pada Allah, pasti Allah akan selesaikan.”

 Walaupun anda tidak begitu yakin dan percaya dengan apa yang anda cakapkan, teruskan mengulang sehingga ia memberi energy positif ke dalam hati anda. InsyaAllah lama-kelamaan hati anda akan merasai kekuatan untuk mempercayai Allah.

No comments: